Jumaat, 18 September 2009

mood raya

wah cepat sungguh masa berlalu .... besok merupakan hari terakhir kita semua berpuasa ... hari ini ramai ler rakan sahabat handai pulang ke pangkuan keluarga tercinta ....
so aku pulak dimasa ni dan waktu ini masih berada di opis menunggu kepulangan bos aku .... cik pn dah bising kat aku sbb minggu ni langsung xder masa dengan family kat rumah

tahun nie aku cuma sempat berbuka puasa dengan cik pn 8 hari kot dan selebih nyer aku berbuka puasa kat opis ....

tahun nie giliran aku beraya dirumah mak mertua .... klu ikut perancangan, aku akan beraya dengan bonda dan ayahda tersayang pada hari raya ke3 .... mungkin tahun nie aku akan kerumah kawan - kawan lama aku .....

dan dikesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakan2 yang mengenali aku .... mungkin selama ini aku ader menyakiti hati korang dengan coretan yg tak seberapa nie ...

ok ler aku pun x tahu nak cetrer apa lagi so lepas raya nanti kita jumpa

aku cuti seminggu horey

Tiada ulasan: