Jumaat, 16 Oktober 2009

sup ani utara

assalammualaikum ..... ini aderlah n3 makan2 ........... sebelum aku dan keluarga termasuk adik ipar mkn disini kami ke shah alam dulu sbb untuk membeli kipas ...... kipas kat rumah aku telah pun rosak

selepas beli kipas cik.pn telah mengajak aku mkn diarea shah alam disbbkan aku xder idea nak makan aper kat area shah alam tu so aku decide untuk bawa meraka makan di taman sri manja sbb aku telah mengidam sup ani utara ..... aku sudah byk kali mahu makan di sup ani utara tetapi x kesampaian kerana kesibukkan masa ..... so dalam pada makan2 di sup ani utara tu sempat jugak ler cik.pn snap beberapa keping gambar ...... dan aku tepek ler gambar yg sopan disini

moh kita tegok bagai mana rupa org makan sup gear box

gambar ini ader sewaktu kami menunggu makanan dihidangkan ..... layanan kat sini ader lah amat bagus ..... aku puji sikap pelayan nyer ....

ni ler rupan nyer gambar org tgh makan sup gear box ..... cik.pn dan adik ipar aku cuma makan mee sup dan soto manakala intan payung makan nasi ayam...... yg paling best nyer intan payung aku tu makan nasi ayam tu sorong ...... habis 1 pinggan ...... pastu intan payung cakap kat aku
intan payung : babah muaz makan nasi ayam habis
aku : bagus muaz .... nanti cepat besar
intan payung : muaz hebatkan babah
aku : hebat ...... muaz memang hebat



setelah selesai makan kita org gerak balik rumah oleh disebabkan kehebatan intan payung aku tu on the way balik terjadi ler satu perkara yang tidak diingini intan payung telah memuntahkan semula apa yg dia makan so habis ler kita aku kena muntah dia ..... nak marah intan payung tak boleh sbb di kecik lagi so aku terima jerlah kenyataan yg bahawa nyer kita aku telah dibasahi muntah intan payung ......

so tercapai jugak ler hajat aku untuk makan sup ani ..... minggu nie ader open house kat senawang

Khamis, 15 Oktober 2009

sekitar konvo di picc

salam ..................... aku tak tahu nak ceter apa pasal hari konvo adik ipar aku ni dan mungkin kalau aku ceter mesti sama jer ngan kak ipar aku ...... so korang layan jerlah gambar sekitar majlis konvo yg aku tepek kat sini




nie sewaktu tgh bersiap untuk ke picc

ni pulak diantara org kuat sedang menyiapkan bakal penerima dip di picc ...*aku tgk mcm nak g nikah pun ader

gambar ni setelah selesai majlis dan menunggu waktu untuk acara mengambil gambar .... dan kejadian sebelum mengambil gambar di booth miat tu ntelah diceritakan oleh SIL aku .... so x payah ler aku ceter .... klu korang nak tahu g ler terjah blog dia pulak ...*wah kempen blog SIL pulak nie kena minta royalti niebersama ayahda dan bonda
foto sekitar majlis


inilah dia pemuda harapan dan kebanggaan keluarga

dan yg ini pulak sesi bergambar sewaktu menanti adik ipar aku keluar dari dewan
dan majlis tu sselesai lebih kurang pukul 3 ptg dan selepas itu kami ke alamanda untuk mengisi peruk yg telah mangalunkan lagu pelbagai irama




































besday cik.pn

salam ....... bapak punya lama aku x update blog nie .... aku bukan malas nak update blog tapi sbb kelembapan aku untuk upload gambar tu yg sebab lambat jer aku nak update blog

ini kisah pasal sambutan besday cik.pn secara kecil2 jer, sambutan nie hanya membabitkan aku cik.pn dan intan payung jer ..... so korang tgk jerlah gambar yg ader ni tp tak banyak gambar yg aku snap .....




muka cik.pn yang teramat suka apabila hanjat nyer untuk meniup lilin telah tercapai

sebenar nyer ader kisah disebalik kejadian ini ..... tapi aku rassa tak perlu ler aku ceter kat sini
so untuk menunjukkan kepada seluruh warga blog aku nak ucapkan kepada cik.pn selamat hari lahir dgn ucapan babah amat menyayangi mama sepenuh hati babah sehingga akhir hayat

Ahad, 4 Oktober 2009

gambar2 raya 2009

aku rasa dah lama tak mengupdate blog nie ..... rasa mcm dah bersawang jer blog nie .....so sempena bln syawal nie aku nak update gambar sewaktu perjalanan pulang ke kampung sehingga waktu beraya bersama saudara mara dan mertua aku
nie gambar sewaktu dalam perjalanan ke rumah mertua aku ..... aku terpaksa menempuh kesesakkan seawal jam 8 pg

nie pulak di antara org2 penting sebelum menyambut hari raya ....... ko tengok budak2 kecik yg menyebuk untuk membantu mak su nyer mengecat tembok pagar

ni pulak diantara juadah yg bakal dimakan pada hari raya

ni pulak keluarga aku ...... aku dan cik.pn sepakat mengenakan baju yg berwarna peach
nie gambar beraya dirumah sedara mara cik.pn