salam .......
rasanya dah lama sangat aku tak mengupdate blog nie ...... mungkin disbbkan kemalasan yg melanda diri aku meyebabkan blog ini berlumut .... sian betul kat blog nie
disbbkan tahun 2009 ni dah pun nak bertemu noktahnya so aku rasa lebih baik aku mengibau semula perkara2 yg telah berlaku didalam tahun nie .....
tahun nie genap le 2 tahun aku berkerja kat syarikat nie ..... untuk pengetahuan korang sebelum aku kahwin aku x pernah kerja lama disatu-satu tempat, paling lama pun aku rasa setahun setengah jer sbb aku nie cepat boring kalau tempat keje tu tu x mendatangkan suasana yg menarik .... ( bak kata org ler kalau nak keje lama suasana tempat keje mesti best). so aku harap aku akan dapat kekel keje kat sini lebih lama lagipun jepun yg aku bawa nie x banyak songeh.
tahun nie juga ler aku dapat menyediakan tempat berteduh untuk isteri aku yg tercinta dengan kata lain aku telah pun membeli sebuah rumah walaupun tempat teduhan tu x lah besar mahupun mewah kerana aku x berkemampuan untuk menyediakan tempat teduhan yg menepati cita rasa isteri tercinta .... tapi suatu ketika nanti akan aku usahakan juga untuk memiliki tempat teduhan yg menepati citarasa aku dan juga isteri aku
tahun nie juga aku telah dikurniakan 2 org anak buah dan menjadikan anak buah aku sekarang seramai 25 org termasuk anak buah cik pn.....( mak ai ramai betul .... rabak ler raya tahun nie ) so kalau nak di ikutkan jumlah ahli keluarga aku bertambah menjadi 37 org semua nya so kalau nak g mana2 x payah bawa kereta sewa jer bas save budget
tahun nie juga ader pelbagai majlis telah dilansungkan diantara nyer majlis pertunagan adik aku pada 28/11, majlis perkahwinan adik sepupu aku pada 5/12 dan yg terbaru majlis pertunagan sepupu cik puan pada19/12 ...
huuuuuuuuuuuh ..... kalau nak disenaraikan kenangan tahun 09 ni akurasa sampai pagi besok aku menulis x habis ..... lagipun aku cuma maklumkan beberapa jer kenangan terindah tahun nie kenangan yg pahit-pahit tu tolak ketepi ler x mau di ingat lagi ..... lagi pun tahun baru hijrah dah pun kita sambut minggu lepas so yg x baik tu kita lupakan ler
tahun baru masihi cuma tinggal kurang seminggu jer lagi nak sambut so apakah azam korang tahun depan ataupun azam tahun lepas masih x tertunai ataupun korang memang jenis xder berazam ..... aku sebenarnya pun x pernah nak menyimpam azam setiap kali tiba tahun baru, bukan sbb apa .... kalau aku berazam mesti aku x nekad untuk melakukan nyer .... so lebih baik tak payah berazam cuma kalau aku rasa nak buat sesuatu aku terus buat .... yang penting niat tu betul .... betul tak?
ok chow .........SELAMAT TAHUN BARU 2010