Khamis, 14 Januari 2010

Demam

minggu nie amat meletihkan bagi aku walaupun hari nie baru jer masuk hari khamis kerana boleh dikatakan orang yg berada disekeliling aku telah kena serangan virus yang dikenali sebagai demam panas

bermula pada hari selasa intan payung aku tetiba jer demam ..... disebabkan hari selasa aku balik awal ..... aku telah pun membawa intan payung aku ke klinik

malam hari selasa dengan secara tetiba suhu kepanasan badan intan payung aku naik mendadak menyebabkan aku risau yang teramat sangat ..... oleh kerana aku dan cik.pn terlalu risau akan keadaan intan payung kami berdua sepakat untuk menjaga intan payung secara bergilir-gilir ... bermula dari jam 12 mlm sehingga jam 4.30 pg cik.pn telah menjaga intan payung dgn begitu perihatin segala perangai intan payung dituruti dan dari pukul 4.30 pg pulak aku mengambil alih tugas untuk menjaga intan payung ..... bila aku tengok keadaan intan payung tersentuh juga ler hati aku ni sebagai bapa .... untuk pengetahuan korang intan payung aku nie dah lama x demam so bila sesekali dia deman amatlah teruk situasi dia ....

dan semalam juga aku telah mengambil cuti untuk menjaga intan payung ...( bak kata orang putih take care ) .... agak nyer dia teruja tengok aku ader kat rumah so demam dia pun berkurangan ler sedikit ..... bila intan payung aku dah kebah sikit demam dia, cik pn pulak terkena penyakit batuk-batuk .... menambahkan pulak kerisauan aku takut-takut cik.pn pun x larat .... ini bermakna keseluruhan keluarga aku mengalami penyakit .... cik.pn pun semalam telah mengambil ubat batuk ...

disebabkan aku tgk intan payung dan cik.pn nampak dah beransur pulih so hari nie aku kembali berkerja seperti biasa ..... tapi tadi cik.pn ader call aku memaklumkan intan payung kembali demam ... dan intan payung aku x nak makan ..... nie yang membuat aku menjadi risau ... cik.pn kata intan payung x larat sangat .... aku pulak waktu2 macam nie x boleh nak lari kejab sbb bos aku nak ajak aku g ke putrajaya ... serabut betul fikiran aku sekarang ni

harap-harap penyakit yang menimpa terhadap kedua-dua orang kesayangan aku nie tak berpanjangan ..... aku sebagai bapa berdoa dan berharap kedua-dua orang kesayangan aku nie cepat sembuh .... ya allah kau sembuhkanlah penyakit-penyakit yang dialami oleh mereka ...

AMIN

Tiada ulasan: